Kita Kembali Di Jajah ?

Bendera Malaysia Berkibar dengan Megahnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga MZOnline semua. Apa khabar semua sihat ? Saya harap korang semua sihat la yea. Wahh sudah lama saya tak kongsikan cerita saya kat sini kan rasa rindu la pulak :D. Saya sebenarnya banyak cerita untuk dikongsikan kepada rakan-rakan semua tetapi agak berat untuk menghuraikan cerita-cerita ini. Alhamdulillah pagi ini saya akan kongsikan juga untuk rakan-rakan kerana saya tak nak menyimpan lagi apa yang bermain di minda saya sekarang. Untuk tajuk posting saya pagi ini ialah ' Kita Kembali Di Jajah ' apakah yang saya maksudkan ini akan saya kongsikan.

' Kita Kembali Di Jajah ' sebenarnya apa yang saya maksudkan ini ialah kita dijajah dari segi pakaian serta aksesori seperti beg, rayban, cincin dan banyak lagi yang selalu dipakai oleh rakyat Malaysia. Sudah menjadi trend sekarang apabila wanita dan pemuda Malaysia selalu memakai pakaian serta aksesori yang bercorak bendera penjajah iaitu United Kingdom ( British dahulunya ) England adalah pusatnya. Hairan saya kenapa sebilangan pemuda pemudi Malaysia suka sangat memakai pakaian bercorak Pak Jajahan ni yea apa faedahnya dimanakah letaknya sikap patriotik anak Malaysia zaman sekarang semakin moden semakin kita hilang semangat cintakan Tanah Tumpahnya Darah Kita. hmm


Contoh Baju

Terfikir sejenak walaupun kita sudah Merdeka nak masuk ke 56 Tahun 31 bulan Ogos ini tetapi minda pemuda pemudi kita masih lagi dijajah. Saya sedih sikap anak bangsa zaman sekarang lebih suka mengikut trend luar seperti Barat dan KPop tetapi jangan la sampai sikap melebih-lebih sampai hilangnya adat dan budaya negara kita. Boleh nak bergaya tetapi fikir lah dulu sebelum memakainya takut anda di COP buta sejarah. Apa salahnya kita banggakan negara kita sendiri buat seperti mana anda yang memakai baju bercorak bendera penjajah tu kita tukar dengan bendera Malaysia kan nampak Patriotik kat situ baru orang luar nampak rakyat Malaysia macam mana. Kita boleh lihat sukan Bola Sepak sudah la ramai mana yang sokong team negara kita Liga kita bagaimana mutu Bola Sepak kita nak maju rakyatnya lebih suka Bola Sepak luar negara tak dinafikan memang permainan negara luar lebih baik dari Malaysia tetapi jangan kita sampai merendahkan taraf bola sepak Malaysia sebegitu juga cerita saya diatas tadi.

Contoh Cincin

Contoh Beg

Untuk yang terakhir sebelum saya STOP, saya sarankan kepada anda dan diri saya sendiri kita mestilah berbangga dengan Negara Malaysia yang tercinta ini jangan disebabkan itu kita kembali dijajah bukan dari segi peperangan tapi hanya dari segi pakaian. Bangganya mereka melihat rakyat Malaysia sendiri menggunakan corak bendera negara mereka kan. Sebagai rakyat anda boleh mengubahnya semuanya ditangan anda guna akal untuk berfikir guna mata untuk melihat keseluruhan.

Semoga Bermanfaat :)

Sekian Terima Kasih
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan :

Catat Ulasan

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MZONLINE MEMBUATKAN HIDUP ANDA SENTIASA PERCUMA. TINGGALKAN KOMEN JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BLOG MZONLINE INI ATAU ADA KESILAPAN YANG TIDAK DIINGINI SERTA LIKE DAN FOLLOW SAYA OKEY ^_^