Sesuatu Untuk Di Kongsikan Bersama


Sesuatu Untuk Di Kongsikan Bersama

"Dalam setiap kehidupan pasti ada dugaan dan cabaran. Ada suatu ketika kita dapat mengetahui seseorang itu sedang di uji oleh Allah, dan ada suatu ketika kita tidak mengetahuinya kerana dia pandai menyembunyikannya. Kita, mereka dan semua manusia di muka bumi ini. Pasti akan hadapi ujian-ujian daripada Allah SWT."

Hari ini, saya ingin menyampaikan pendapat saya.
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Saya selalu mengingatkan diri saya dengan kata-kata itu.
Mengimbas kembali kenangan dan pengalaman dulu... Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah saya hadapi. Allah SWT itu Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Pemberi Petunjuk dan Maha Mengetahui. Setiap ujian yang diberikan oleh Allah, pasti ada hikmahnya. Saya sebagai hamba Allah SWT amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Islam di dunia ini.
Masalah dengan keluarga mengajar saya untuk menjadi lebih matang. Masalah dengan rakan mengajar saya erti sebuah persahabatan dan mengubah diri saya untuk lebih memahami diri dan persepsi orang lain. Masalah diri pula (merasa diri ini tidak sempurna di mata orang lain) mengajar saya erti bersyukur dan tawakal.
Kita fikir diri kita tidak sempurna dalam pelbagai aspek, contohnya masalah kesihatan, fizikal tidak elok atau tidak cantik, merasa diri begitu bodoh atau hodoh dan pelbagai alasan untuk merasai diri itu tidak sempurna.
Cuba kamu fikir... Terdapat manusia yang menjalani kehidupan yang lebih teruk daripada kita. Mereka yang tidak dapat makan dan minum, mereka yang hanya terlantar di hospital, mereka yang tidak dapat menyambungkan pelajaran kerana sakit dan masalah lain, mereka yang berada di negara yang kini menghadapi kemerosotan ekonomi dan peperangan.
Jika kamu merasa diri kamu terlalu daif atau terlalu menyedihkan atau merasakan seperti Allah tidak menghiraukan permintaan kamu, walaupun kamu telah banyak berdoa, bagaimanakah pula mereka yang lain? Kehidupan mereka lebih teruk daripada kamu.
Tidakkah kamu fikir yang Allah SWT telah banyak memberikan peluang, rezeki dan kebaikan kepada kamu? Boleh makan, boleh minum, boleh tidur dengan nyenyak, tiada penyakit, boleh belajar, masih boleh berjalan, BOLEH MELIHAT IBU BAPA.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tidakkah kamu memikirkannya?
Fikirkanlah. Mengapa doa kamu tidak dikhabulkan? Bagaimanakah dosa-dosa kamu dahulu?
Jika tidak pun, fikirkanlah… Apa yang kamu perolehi sebelum ini? Adakah kamu gunakannya ke arah kebaikan atau sebaliknya? Daripada memiliki sesuatu yang kamu inginkan, tidakkah kamu ketahui, tanpa kita sedari kita memperolehi sesuatu yang lain. Adakalanya Allah tidak menunaikan permintaan kita seperti yang kita inginkan tetapi memberikan sesuatu yang lebih indah, lebih bernilai, lebih elok dan lebih bermakna. Jika kamu merasakan ianya tiada guna, fikirkanlah dengan elok, pasti ada hikmah sebalik pemberiannya itu.
Kamu fikirkanlah dengan akal yang matang. Pilihlah yang terbaik. Fikirlah dengan mengguna akal bukan menggunakan hati. Tiada gunanya berasa cemburu. Tiada gunanya bersikap takbur dan angkuh. Oleh itu, fikirkanlah…
Saya bukanlah begitu pandai berkata-kata. Saya bukanlah pandai membina ayat-ayat yang indah di mata pembaca. Hanya ini saja yang dapat saya tulis. Tawakal sahaja kepada Allah SWT kerana memberi saya peluang dan idea.
Hanya sekadar pendapat sahaja yang dapat saya kongsikan bersama kamu. Fikir-fikirkanlah. Buatlah yang terbaik di dunia supaya menjadi yang lebih terbaik di akhirat kelak.

Ditulis oleh : Mazria ( Sahabat Admin )
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan :

Catat Ulasan

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MZONLINE MEMBUATKAN HIDUP ANDA SENTIASA PERCUMA. TINGGALKAN KOMEN JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BLOG MZONLINE INI ATAU ADA KESILAPAN YANG TIDAK DIINGINI SERTA LIKE DAN FOLLOW SAYA OKEY ^_^