Berkongsi Masalah Bersama


Masalah… ada suatu ketika kita sangka suatu masalah itu senang diselesaikan. Sekadar melihat dan mendengar pengalaman orang yang menghadapinya, sememangnya mudah bagi kita. Pelbagai konklusi atau jalan penyelesaian yang kita dapat fikirkan untuk menghadapi masalah itu. Tetapi bagaimana pula jika kita yang menghadapinya ??
Sesetengah orang mungkin dapat menghadapinya dengan mudah. Ada pula yang tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Pada waktu itu mungkin kita tidak dapat jalan penyelesaian yang sempurna untuk menghadapi masalah kita, namun orang di sekeliling kita mungkin boleh membantu kita. Kongsilah masalah kita dengan ahli keluarga kita atau sahabat2 kita. Jika kita menghadapi masalah dan kita berkongsi masalah kita, adakalanya mereka membantu kita, adakalanya tidak, kerana terdapat 2 jenis orang dalam dunia ni.

Pertama ialah orang yang merupakan pendengar dan penasihat. Orang sebegini akan mendengar masalah kita dan dia juga akan memikirkan jalan penyelesaian untuk masalah kita. Adakalanya jalan penyelesaian yang diberikan amat berguna dan ada juga yang mungkin boleh menjadi backup plan untuk kita sekiranya jalan penyelesaian yang kita akan gunakan kelak tidak menjadi. Tidak semua jalan penyelesaian boleh digunakan terus begitu. Mengikut hak setiap individu itu sendiri samada ingin ikut kata nasihat mereka atau menggunakannya sebagai backup plan kelak. Kita hendaklah memikirkannya secara relevan. Perlukah kita lakukan sedemikian ? Apakah yang bakal terjadi sekiranya kita lakukan begitu ? Kesemua itu perlu diambil kira supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan sempurna dan tiada lagi kesinambungan kepada masalah tersebut.

Kedua, orang yang merupakan pendengar sahaja. Dia mungkin tidak akan memberi sebarang nasihat dalam masalah kita. Tetapi dia akan mendengar masalah kita. Orang yang benar2 mendengar masalah kita ini bukanlah kerana dia tidak memperdulikan kita, tetapi risau jugak kalau tersalah cakap. Nasihat yang diberikan juga hendaklah relevan dan tidak menambahkan lagi stress kawan kita. Tersalah kata buruk padahnya. Tidak menjadi masalah jika kita menceritakan masalah kita dengan orang sebegini, kerana kadangkala, jika kita menceritakan masalah kita kepada sesiapa pun, sekurang2nya stress kita terhadap masalah yang kita hadapi berkurangan.

Bagaimana pula sekiranya sahabat kita yang menghadapi masalah sebegitu ?

Reaksi muka dan kelakuan dapat menyatakan samada mereka menghadapi sebarang masalah. Jika kita mendapati kawan kita mempunyai masalah, tanyalah. Sekiranya mereka tidak mahu kongsikan masalahnya dengan kita, nasihatlah dia supaya dia tidak membiarkan masalah itu menjadi lebih teruk dan kongsilah dengan sesiapa yang dia boleh percayai. Jangan sesekali memaksa dia menceritakan masalahnya, kerana kemungkinan dia berasa lebih stress adalah tinggi. Tak selesai satu masalah, muncul masalah baru. Itulah yang patut dihindari. Ini juga mungkin mereka mempunyai sebab2 mereka yang tersendiri mengapa mereka tidak mahu menceritakannya. Mungkin belum tiba masanya.

Sekiranya mereka mahu menceritakan masalahnya kepada kita, pertama, tenangkanlah sahabat kita itu. Mintanya agar memberitahu kita keseluruhan cerita supaya kita boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Setiap masalah yang berlaku pasti ada sebabnya. Apakah yang menyebabkan masalah itu muncul ? Bagaimana masalah itu boleh berlaku ? Soalan itu perlu diselesaikan terlebih dahulu agar mudah untuk diselesaikan. Jangan menghakimi mereka sehingga kita mendengar keseluruhan ceritanya.

Kadangkala, membuat kesimpulan terhadap masalah yang mereka hadapi boleh memudahkan serba sedikit masalah mereka. Sekurang2nya dia dapat mengenal pasti apa salah silap dalam hal atau masalah yang dia hadapi. Bantu mereka memahami situasi yang sebenar dan bagaimana perasaan orang lain terhadap masalahnya itu. Mungkin kita tidak tahu bagaimana ianya benar2 boleh berlaku, bagaimana perasaan sahabat kita, tetapi sokongan moral amat diperlukan oleh mereka agar mereka dapat berhadapan dengan masalah yang mereka hadapi.

Setelah selesai  berurusan dengan masalah yang kita hadapi, cubalah untuk tidak berada dalam masalah itu lagi. Cuba elakkan diri daripada mnghadapi masalah yang sama. Mungkin kita fikir, dapat hadapinya dahulu, pasti boleh hadapinya lagi. Jika benar kita boleh menghadapinya kelak, fikirlah, pasti kita letih menghadapi masalah yang sama setiap masa. Kita pernah menghadapi masalah itu sekali, jadi fikirkanlah, apa yang betul, apa yang tidak. Apa yang patut kita lakukan, apa yang kita patut hindari supaya masalah itu tidak berlaku lagi.

Catatan : Mazria
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan :

Catat Ulasan

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MZONLINE MEMBUATKAN HIDUP ANDA SENTIASA PERCUMA. TINGGALKAN KOMEN JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BLOG MZONLINE INI ATAU ADA KESILAPAN YANG TIDAK DIINGINI SERTA LIKE DAN FOLLOW SAYA OKEY ^_^