Masalah… ada suatu ketika kita sangka suatu masalah itu
senang diselesaikan. Sekadar melihat dan mendengar pengalaman orang yang
menghadapinya, sememangnya mudah bagi kita. Pelbagai konklusi atau jalan
penyelesaian yang kita dapat fikirkan untuk menghadapi masalah itu. Tetapi
bagaimana pula jika kita yang menghadapinya ??
Sesetengah orang mungkin dapat menghadapinya dengan mudah.
Ada pula yang tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Pada waktu itu mungkin
kita tidak dapat jalan penyelesaian yang sempurna untuk menghadapi masalah
kita, namun orang di sekeliling kita mungkin boleh membantu kita. Kongsilah masalah kita dengan ahli keluarga
kita atau sahabat2 kita. Jika kita menghadapi masalah dan kita berkongsi
masalah kita, adakalanya mereka membantu kita, adakalanya tidak, kerana
terdapat 2 jenis orang dalam dunia ni.
Pertama ialah orang yang merupakan pendengar dan penasihat. Orang sebegini akan mendengar masalah kita
dan dia juga akan memikirkan jalan penyelesaian untuk masalah kita. Adakalanya
jalan penyelesaian yang diberikan amat berguna dan ada juga yang mungkin boleh menjadi backup plan untuk kita
sekiranya jalan penyelesaian yang kita akan gunakan kelak tidak menjadi. Tidak
semua jalan penyelesaian boleh digunakan terus begitu. Mengikut hak setiap individu
itu sendiri samada ingin ikut kata nasihat mereka atau menggunakannya sebagai
backup plan kelak. Kita hendaklah
memikirkannya secara relevan. Perlukah kita lakukan sedemikian ? Apakah
yang bakal terjadi sekiranya kita lakukan begitu ? Kesemua itu perlu
diambil kira supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan sempurna dan tiada
lagi kesinambungan kepada masalah tersebut.
Kedua, orang yang merupakan pendengar sahaja. Dia mungkin tidak akan memberi sebarang nasihat
dalam masalah kita. Tetapi dia akan mendengar masalah kita. Orang yang benar2
mendengar masalah kita ini bukanlah kerana dia tidak memperdulikan kita, tetapi
risau jugak kalau tersalah cakap. Nasihat yang diberikan juga hendaklah relevan
dan tidak menambahkan lagi stress kawan kita. Tersalah kata buruk padahnya. Tidak menjadi masalah jika kita
menceritakan masalah kita dengan orang sebegini, kerana kadangkala, jika kita
menceritakan masalah kita kepada sesiapa pun, sekurang2nya stress kita terhadap masalah yang kita hadapi berkurangan.
Bagaimana pula sekiranya sahabat kita yang menghadapi
masalah sebegitu ?
Reaksi muka dan
kelakuan dapat menyatakan samada mereka menghadapi sebarang masalah. Jika
kita mendapati kawan kita mempunyai masalah, tanyalah. Sekiranya mereka tidak
mahu kongsikan masalahnya dengan kita, nasihatlah
dia supaya dia tidak membiarkan masalah itu menjadi lebih teruk dan
kongsilah dengan sesiapa yang dia boleh percayai. Jangan sesekali memaksa dia menceritakan masalahnya, kerana
kemungkinan dia berasa lebih stress adalah tinggi. Tak selesai satu masalah,
muncul masalah baru. Itulah yang patut dihindari. Ini juga mungkin mereka
mempunyai sebab2 mereka yang tersendiri mengapa mereka tidak mahu
menceritakannya. Mungkin belum tiba masanya.
Sekiranya mereka mahu menceritakan masalahnya kepada kita, pertama,
tenangkanlah sahabat kita itu.
Mintanya agar memberitahu kita keseluruhan cerita supaya kita boleh membantu
menyelesaikan masalah tersebut. Setiap masalah yang berlaku pasti ada sebabnya.
Apakah yang menyebabkan masalah itu muncul ? Bagaimana masalah itu boleh
berlaku ? Soalan itu perlu diselesaikan terlebih dahulu agar mudah untuk
diselesaikan. Jangan menghakimi mereka
sehingga kita mendengar keseluruhan ceritanya.
Kadangkala, membuat
kesimpulan terhadap masalah yang mereka hadapi boleh memudahkan serba sedikit
masalah mereka. Sekurang2nya dia dapat mengenal pasti apa salah silap dalam
hal atau masalah yang dia hadapi. Bantu mereka memahami situasi yang sebenar
dan bagaimana perasaan orang lain terhadap masalahnya itu. Mungkin kita tidak
tahu bagaimana ianya benar2 boleh berlaku, bagaimana perasaan sahabat kita,
tetapi sokongan moral amat diperlukan
oleh mereka agar mereka dapat berhadapan dengan masalah yang mereka hadapi.
Setelah selesai
berurusan dengan masalah yang kita hadapi, cubalah untuk tidak berada
dalam masalah itu lagi. Cuba elakkan
diri daripada mnghadapi masalah yang sama. Mungkin kita fikir, dapat
hadapinya dahulu, pasti boleh hadapinya lagi. Jika benar kita boleh
menghadapinya kelak, fikirlah, pasti kita letih menghadapi masalah yang sama
setiap masa. Kita pernah menghadapi masalah itu sekali, jadi fikirkanlah, apa
yang betul, apa yang tidak. Apa yang patut kita lakukan, apa yang kita patut
hindari supaya masalah itu tidak berlaku lagi.
Catatan : Mazria
0 ulasan :
Catat Ulasan
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MZONLINE MEMBUATKAN HIDUP ANDA SENTIASA PERCUMA. TINGGALKAN KOMEN JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BLOG MZONLINE INI ATAU ADA KESILAPAN YANG TIDAK DIINGINI SERTA LIKE DAN FOLLOW SAYA OKEY ^_^