Benarkah Alien Sebenarnya Adalah Jin ?



Benarkah Alien Sebenarnya Adalah Jin?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga MZOnline. Alien adalah jin? Banyak orang akan ketawa membaca hal ini. Apakah mungkin jin mengembangkan teknologi UFO? Dan, bukankah UFO atau alien itu datang dari luar angkasa? Cuba kalau kita lihat ke arah langit, bukankah begitu banyak bintang di langit. Dan bukankah suatu hal yang membazir bila di sana tidak ada kehidupan? Dimanakah tempat rujukan anda tentang hal ini ? Carilah didalam Al-Quran semuanya lengkap serta isinya.

Kehidupan di bintang lain memang tak dapat dinafikan. Sebagai halnya kehidupan yang terjadi di bumi adalah kerana kehendak Allah. Semua yang ada di alam semesta ini diciptakan oleh Allah.

    Al-Baqarah 2:117

    Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk
    menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan
    kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.

    Asy-Syura 42:29

    Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi
    dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia
    Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.

Kedua-dua ayat suci dalam Al Quran ini menegaskan bahawa langit dan bumi adalah ciptaan Allah dan dikeduanya, baik di langit dan bumi oleh Allah juga diciptakan makhluk-makhluk yang melata (makhluk yang berjalan di permukaan tanah) dan menghuni baik di langit (bintang / planet lain) mahupun di bumi.


Oleh kerana itu, bukankah mungkin saja UFO-UFO yang datang ke bumi ini adalah "makhluk melata" yang berasal dari planet lain (extra terrestrial)? Memang benar. Namun sampai sekarangpun belum dapat dipastikan dari mana mereka (alien) berasal. Boleh saja dari luar angkasa, walau pelbagai fakta nampaknya melemahkan teori "extra terrestrial".


Dari kesaksian beberapa mangsa penculikan oleh aliens serta banyaknya fakta tentang UFO yang meragukan dari sudut pandang ilmiah, menyebabkan orang mula memikirkan suatu kemungkinan bahawa walaupun sekiranya mereka berasal dari "extra-terrestral" tetapi berasal dari dimensi lain (other-dimension) atau istilah yang mula dipakai saat ini adalah "ultra-terrestrial". Isitilah "ultra-terrestrial" ini kalau dalam bahasa melayu lebih tepat dinamakan "alam ghaib".


Sejauh ini, makhluk ghaib yang dikenali manusia ada tiga macam, iaitu:


1. malaikat

2. iblis
3. jin

Mengenai iblis, dari sudut pandangan agama Islam dan Kristian terdapat perbezaan asal usulnya. Menurut doktrin agama Islam, Iblis adalah dari golongan jin yang diciptakan dari api. Sementara menurut doktrin agama Kristian, iblis semula adalah malaikat namun telah diusir dari syurga kerana

hendak derhaka kepada Allah.

Penjelasan bahawa iblis adalah dari golongan jin adalah:


    Al-A'raaf 7:12

    Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud
    (Kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu? "Menjawab iblis" Saya lebih
    baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau
    ciptakan dari tanah ".

    Al-Hijr 15:27

    Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api
    yang sangat panas.

Persamaan bahawa baik jin dan iblis diciptakan dari api, menunjukkan atau menyimpulkan bahawa iblis adalah dari golongan jin.


Saya tidak mempersoalkan perbezaan asal usul iblis, namun saat ini, antara malaikat dan iblis merupakan entity yang berbeza. Malaikat adalah makhluk yang beriman kepada Allah dan senantiasa bertasbih dengan memuji Allah. Malaikat tidak mempunyai kehendak bebas "free will", mereka hanya menjalankan apa yang menjadi perintah Allah. Berbeza dengan malaikat, iblis dan demikian juga jin (termasuk manusia) mempunyai kehendak bebas (free will). Mempunyai kehendak bebas (free will) bererti mempunyai nafsu. Kehendak iblis adalah menyesatkan manusia. Apakah iblis boleh berketurunan?


    Al-Kahfi 18:51

    Aku tidak menghadirkan mereka (iblis dan anak cucunya) untuk menyaksikan
    penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula) penciptaan diri mereka
    sendiri; dan tidaklah Aku mengambil orang-orang yang menyesatkan itu
    sebagai penolong.

Menurut kepercayaan, jin berumur panjang dan mempunyai kehidupan seperti manusia namun berada di dalam dimensi yang lain. Jin mampu berketurunan dan di antara mereka ada jin yang baik dan ada juga jin yang jahat. Menurut pendapat saya, yang dimaksudkan dengan jin ini dalam Alkitab adalah "roh jahat". Di sini dikatakan sebagai roh jahat adalah kerana merupakan jin yang jahat. Walau demikian, boleh saja pengertian "roh jahat" ini ditafsirkan sebagai iblis secara langsung atau syaitan.


Kembali kepada soalan, benarkah Alien sebenarnya adalah Jin? Sebenarnya hal ini sangat mungkin sekali. Di hampir semua masyarakat di dunia, mempunyai kepercayaan akan adanya makhluk ghaib atau "spiritual beings". Memang, kepercayaan terhadap hal seperti ini lebih banyak dijumpai pada masyarakat tradisional daripada masyarakat moden. Misalnya, di Malaysia dikenal adanya jin, tuyul, kuntilanak, dan lain sebagainya. Orang Indian di daratan Amerika juga mempercayai adanya makhluk-makhluk halus berupa roh yang menjaga dan juga kadang ada yang mengganggu.


Sebelum menjawab soalan, apakah alien adalah jin, sebenarnya perlu dipersoalkan terlebih dahulu kepada diri kita masing-masing, apakah kita percaya pada adanya makhluk hidup yang berada di dimensi lain atau yang sering kita sebut sebagai alam ghaib? Dan dimensi lain itu, menurut kepercayaan banyak orang, sebenarnya juga berada di bumi ini.


Bagi orang yang skeptis, tentunya tidak mudah untuk mempercayai makhluk ghaib. Dan juga mereka tidak akan dapat menerima penjelasan dari sudut pandang agama. Mereka memerlukan suatu penjelasan atau bukti-bukti yang benar-benar ilmiah, fizikal dan boleh dirumuskan secara pasti.


Dasar Pemikiran Alien adalah Jin


Bila kita mempercayai adanya jin atau makhluk halus, maka kita akan bertanya, di manakah mereka berada. Menurut kepercayaan, jin adalah makhluk yang menghuni bumi dan diciptakan sebelum Adam.


    Al-Hijr 15:27

    Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.

Apa tujuan Allah menciptakan jin?


    Adz-Dzaariyaat 51:56

    Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
    mengabdi kepada-Ku.

Namun pada praktiknya, di zaman dahulu (dan juga masa kini), ada manusia

yang menyembah jin.

    Sabaa '34:41

    Malaikat-malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau. Engkaulah pelin-
    dung kami, bukan mereka; bahkan mereka telah menyembah jin; ke-
    banyakan mereka beriman kepada jin itu ".

Apakah jin mampu mengembangkan teknologi luar angkasa?


    Al-Rahman 55:33

    Hai jama'ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus
    (Melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak
    dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan.

Di sini kita boleh melihat bahawa hakikat jin sebenarnya tidak berbeza dengan manusia. Kedua-duanya adalah makhluk ciptaan Allah, kedua-duanya mampu berketurunan dan boleh mati (hanya saja jin umurnya lebih panjang dan khusus untuk iblis waktu kematiannya ditangguhkan hingga akhir zaman), kedua-duanya memerlukan kekuatan (teknologi) untuk menembusi langit dan bumi. Di sini ada suatu pemikiran, bahawa menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi ini, sebenarnya boleh juga diertikan sebagai menembus ke dimensi lain, iaitu dimensi langit dan dimensi bumi (manusia).


Menurut cerita beberapa orang yang mengaku bertemu dengan jin, maka kita boleh menyimpulkan bahawa beberapa jin (tidak semua), mempunyai keupayaan untuk masuk ke dimensi manusia. Dan mengikut pengalaman beberapa paranormal yang mengaku dapat berjalan-jalan ke alam jin, menunjukkan bahawa manusia juga boleh masuk ke dimensi jin.


Dan bila hal ini memang benar, bahawa jin boleh memasuki dimensi manusia, maka boleh saja kehadiran mereka itu dianggap alien oleh manusia. Dan kerana mereka adalah makhluk yang asing dan aneh, sementara orang mungkin tidak berfikir akan adanya kemungkinan kehidupan di dimensi lain, maka alien itu akan dianggap berasal dari planet lain.


Beberapa korban kes alien abduction menceritakan bahawa mereka melihat alien menembusi tembok, tiba-tiba muncul dan menghilang, menunjukkan bahawa gejala seperti itu tidak berbeza dengan fenomena pemunculan jin. Persoalannya, menurut saya, jin juga mengalami perkembangan teknologi dan kebudayaan. Seperti halnya manusia, perkembangan teknologi di antara negara berbeza-beza. Ada yang masih memakai tombak, tapi ada juga yang sudah pakai peluru berpandu. Demikian juga bangsa jin, menurut saya, boleh saja jin yang ada di Malaysia, berbeza dengan jin yang ada di Eropah atau Amerika, misalnya.


Banyak ahli psikoterapis yang menangani kes alien abduction akhirnya membuat kesimpulan bahawa alien yang menculik manusia merupakan suatu pekerjaan dari "spiritual beings" atau makhluk halus. Ini menjelaskan kenapa ada yang diculik pada jam 09.00 dan dikembalikan jam 09.00 juga. Padahal mereka merasa berjam-jam ketika diculik. Bahkan ada kes yang unik, korban penculikan diambil jam 9.00 namun dikembalikan jam 7.00. Jadi, kes-kes seperti ini merupakan kes perpindahan dimensi, di mana dimensi masa kita boleh saja berbeza dengan waktu di dimensi lain.


Wallahualam ~

Sumber


Di Olah dalam Bahasa Melayu
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan :

Catat Ulasan

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MZONLINE MEMBUATKAN HIDUP ANDA SENTIASA PERCUMA. TINGGALKAN KOMEN JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BLOG MZONLINE INI ATAU ADA KESILAPAN YANG TIDAK DIINGINI SERTA LIKE DAN FOLLOW SAYA OKEY ^_^