Syarikat Malaysia apa yang berjaya mengharungi DUA Perang Dunia dan Darurat??

AsSalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam Ramadan Semua warga MZOnline. Hari ini saya nak kongsikan satu video yang dituju khas kepada sahabat-sahabat semua tentang berjayanya Syarikat Sime Darby dahulu sehingga sekarang. Video ini mengisahkan untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia tetapi dalam video itu banyak makna tersirat tentang sejarah pertubuhan mereka.


Sejarah Sime Darby  bermula pada 1910, ketika Tanah Melayu dijajah oleh British, ahli perniagaan British, William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co dalam sektor perladangan getah. Syarikat ini berlaih kepada kelapa sawit ,koko dan pelbagai sektor lain.
William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun merupakan pengembara dari Scotland dan terlibat dalam perniagaan import eksport serta ladang kopi. Henry Darby pula berusia 50-an merupakan ahli perbankan dan memiliki beberapa hartanah di utara Tanah Melayu.
Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821 di Singapura. Syarikat ini adalah syarikat British yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan 1924 di Kuala Selangor.
Pada 1905, syarikat Harrison and Crosfield membeli beberapa ladang di Sememanjung Malaysia dan mengusahakan tanaman teh dan kopi. Namanya ditukar kepada Golden Hope Rubber Estate. Pada 1982 Harrison and Crosfield menjual tiga ladang miliknya iaitu Golden Hope, Pataling, dan London Asiatic kepada pihak Malaysia pada harga £146 juta. Pada 1990, pemiliknya Permodalan Nasional Berhad menukar nama kepada Golden Hope Plantation Bhd (GHPB)....Lanjut info KLIK SINI

Itulah sedikit sebanyak tentang sejarah permulaan mereka hingga mampu bertapak di bumi Malaysia begitu lama. 

KLIK SINI untuk melihat video. Semoga bermanfaat ya :D
Share on Google Plus

About Mohd Zuhairy

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan :

Catat Ulasan

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG MZONLINE MEMBUATKAN HIDUP ANDA SENTIASA PERCUMA. TINGGALKAN KOMEN JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BLOG MZONLINE INI ATAU ADA KESILAPAN YANG TIDAK DIINGINI SERTA LIKE DAN FOLLOW SAYA OKEY ^_^